Tudung.

Saat umurnya lima tahun,
dia diajar bagaimana untuk menutup aurat,
okay sebenarnya umur tiga tahun sudah dijinakkan dengan tudung.
Tika dia ingin keluar bermain dengan kawan-kawannya,
maka berjinjitlah kakinya berjalan menuju ke pintu,
dilihat ayahnya sedang berbaring di atas sofa,
barangkali tidur, fikirnya,
lantas dia melajukan langkah kakinya ke arah pintu.

"nak ke mana tu?! tudung mana tudung?"
terkejut Lisa mendengarnya,
fikirnya ayah sedang tidur.
"ada, tudung aa ada dalam bilik"
Lantas kembali semula dia ke dalam bilik mencapai tudung,
keluar semula mecari kawan-kawannya.

Sejak hari itu,
dia kekalkan imej bertudung sehingga kini.
Hari pertama dia masuk ke tadika.
Kawan rapatnya turut bersamanya,
berdiri dua kanak-kanak,
berhadapan dengan ibu masing-masing,
memakai tudung untuk anak-anak mereka.
Kemudian, berjalanlah keduanya ke tadika.
Dekat saja!

Dia Lisa

Lisa.
Perempuan yang kurang senyum, peramah dengan sebilangan orang,
Mukanya serius tidak kira masa atau tempat,
Jiwanya penuh dengan seni.
Apa yang dia buat mesti berkait dengan seni.

Lisa.
Dia sangat sensitif.
Marah tak bertempat.
Bagi orang lain mungkin benda tu taklah besar mana pun,
tapi bagi dia, itulah yang buatkan dia marah.
Tak bertempat betul!

Lisa.
Sifat penyayang terserlah pabila dia bertemu kucing.
Ya, dia sangat manja dengan kucing.

Lisa,
belum berkahwin,
tidak pernah terjebak dengan cinta.
Kerna bagi dia, dia masih belum berjumpa seseorang itu.
Walaupun sudah menuntut dua kali di universiti,
dia tidak berjumpa dengan seseorang yang sarat dengan arah tujuan yang satu itu.
Kebanyakan yang dia jumpa, semuanya keanak-anakan sifatnya.

Lisa,
biarpun umur sudah meningkat namun dia masih lagi bersifat kurang matang.
Dibandingkan dengan adiknya yang satu itu,
dia boleh dikategorikan sebagai "adik" kepada adiknya.

Powered by Blogger.